QURAN2u

Monday, August 16, 2010

NIKAH vs ZINA

Sesungguhnya, permasalahan ini berat.Perhatikan

soalan 1 - 5. Perkahwinan seumpama ini hari ini

memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya

memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat

tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat

kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu

TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina

sampai bila-bila... .



Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam,

di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan

pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini

kerana ianya amat penting:



Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya

seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak

luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin

sehingga bayi itu dilahirkan.



Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab

itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka

bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah

sehingga bayi itu dilahirkan.



Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya

mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH.

Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang

wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah

kepada bayi yang dikandung itu.



Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah

tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu

mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau

sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka

boleh bernikah sekali lagi, secara sah.



Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak

diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina

kerana pernikahan itu tidak sah.



Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa

anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada

ayahnya.



Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu

bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu

bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya

sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.



Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan

seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin

bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan

yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera

dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali

sebelum mereka boleh bernikah.



Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di

dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu

kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain

sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu

sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya.

Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan

keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang

lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-

anak yang tidak sah taraf.. Ini merupakan satu

perkara yang serius jadi, fahami dan dalami betul-

betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya

perlu

No comments:

Post a Comment